Popia

Bahan-bahan (10 batang popia goreng)
  • 10 keping kulit popia
  • 10 seping cheese
  • 1/2 batang lobak merah- potong halus memanjang
  • 2 cawan taugeh
  • 1 keping dada ayam- potong kecik@ dadu
  • 1 sudu kecil pati ayam maggie
  • sedikit gula
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 ulas bawang putih-diketuk

Cara-cara membuat popia goreng
  • Sediakan inti. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng sehingga ayam masak. Kalau perlu, tambahkan sedikit air.
  • Masukkan pati ayam, gula lobak merah dan taugeh. Kacau. Biarkan 1-2 minit. kemudian padamkan api
  • Ambik satu kulit popia. Letakkan sekeping cheese ke atasnya. Kemudian masukkan inti. Balutlah macam biasa. Dihujungnya letakkan sedikit air sebagai pelekat. Ulang sampai habis.
  • Goreng dengan minyak penuh. Api hendaklah sederhana untuk mengelakkan hangus 

Bahan-bahan ( sos | pencecah )
  • Cili kisar
  • Kacang tanah dikisar
  • Sdkt gula
  • Sdkt garam
  • Air asam jawa/asam keping
  • Sdkt tepung jagung utk memekatkan sos

Cara membuat sos | pencecah
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  • Masak sampai likat/pekat.Siap 


Bahan Kulit (popia basah)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam 

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. 

Bahan Sambal
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa. 

Cara-cara membuat popia basah
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
  • Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  • Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
  • Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
  • Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
  • Sedia untuk dimakan
Tabur bijan, bawang goreng atas popia basah ni, makin sedap jadinya, sambal untuk popia basah ni tambah sos cili dan sos cili manis thai, biar manis dan kasi up sikit rasa dia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entry Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...