Kuah Mee Rebus

Bahan-bahannya:
+ Daging lembu
+ 4 biji keledek
+ 4 biji kentang
+ 1 cawan udang kering
+ 4 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga
+ 4-6 helai daun pandan
+ 4 biji bawang besar – dikisar
+ 7 ulas bawang putih – dikisar
+ 2 inci halia – dikisar
+ 4 batang serai – diketuk
+ 2 inci lengkuas – diketuk
+ 2 cawan serbuk kari daging
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ ½ sudu serbuk ketumbar
+ 3 kotak santan segera
+ 1-2 ketul gula melaka
+ garam secukup rasa


Cara Membuatnya:
  • Langkah pertama sekali, rebus daging terlebih dahulu sehingga daging empuk (lembut). 
  • Rebus ubi keledek dan ubi kentang bersama udang kering sehingga ubi menjadi empuk.
  • Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing sedikit. Masukkan juga serai dan lengkuas yg telah diketuk.
  • Bancuhkan serbuk kari daging bersama-sama serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar dengan air. Selepas itu masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau dan biar bancuhan kari tadi masak sebentar. Masukkan 2 cawan air supaya bancuhan kari tidak terlalu pekat. Pastikan kari benar-benar masak, jika tidak kemungkinan mee rebus kita akan menjadi pedas.
  • Ubi keledek & ubi kentang yang telah direbus, dikisar sehingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau. Jika kuah mee rebus ini terlalu pekat, masukkan sedikit air. Biarkan ia masak sebentar.
  • Santan: boleh gunakan santan kotak segera. Santan kotak segera ini tanpa kolestrol. Pastikan anda sentiasa kacau kuah ini supaya ia tidak pecah santan dan berketul-ketul.
  • Sekarang masukkan pula rebusan daging tadi bersama air rebusannya. Kacau dan biarkan ia masak sebentar.
  • Masak gula melaka di dalam periuk berasingan dengan air, supaya kita dapat menapis gula melaka ini dari bendasing yang terdapat pada gula melaka tersebut. Untuk kuah mee rebus ini, saya menggunakan 2 ketul gula melaka. Pada mulanya saya cairkan gula melaka pertama dahulu supaya saya dapat memastikan rasa kuah mee rebus mendapat sukatan dengan betul.
  • Bila air gula sudah ditapis, masukkan ke dalam kuah mee rebus dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa dan biar ia masak sebentar dan biar ia pekat sedikit. Jika kuah terlampau pekat, masukkan 1 cawan air panas.
  • Makan mee rebus ini bersama-sama telur rebus, taugeh, cili merah & hijau, daun bawang dan bawang goreng. Perahkan air limau juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entry Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...