Petua Dapur

1. Menghilang Bau Hangit Nasi
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang.

2. Kesegaran Sayuran
Sebelum simpan, jangan cuci sayuran untuk mengelakkan cepat busuk. Bagi sayuran hijau, masukkan dalam bekas tanpa tutup dan tambah sedikit perahan limau nipis untuk mengekalkan kesegarannya.

3. Menghilangkan Pahit Peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

4. Membersihkan Minyak Gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

5. Segarkan daging dengan mentimun
Daging yang disimpan agak lama tentulah kurang sedap untuk dimakan, tetapi jangan dibuang. Cara untuk mengatasinya amat mudah dan murah. Anda hanya perlu menyediakan beberapa biji buah mentimun. Parut mentimun tadi dan ramaskan pada daging yang hendak dimasak. Biarkan sekejap dan bersihkan. Daging yang pada mulanya tidak segar dan berbau, menjadi lebih segar. Selamat mencuba.

6. Bunga Cengkih Halau Lalat
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk yang berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan itu akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda. Selamat mencuba.

7. Kekalkan kesegaran ayam
Ayam yang telah dipotong-potong tidak perlu dibersihkan. Malah, ambil tepung gandum dan lumurkan pada setiap ketulan ayam yang telah dipotong. Kemudian, simpan di dalam bekas yang tertutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Bersihkan ayam tersebut jika hendak memasaknya. Selamat mencuba.

8. Bawang goreng wangi & rangup
Kupas bawang, rendam dalam air garam selama 10 minit. Kemudian bilas sebelum dihiris nipis-nipis. Masukkan tepung gandum (mengikut kuantiti bawang) dan gaul rata. Goreng bawang tersebut atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan dalam bekas kedap udara. InsyaAllah bawang goreng akan tahan lebih lama, lebih wangi dan rangup.

9. Hilangkan pahit mee kuning
Untuk mengelakkan rasa pahit mee, cuba anda rendamkan mee di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan sesudu gula. Setelah 15 minit, toskan ia. Hasilnya, rasa pahit mee kuning tiada lagi.

10. Sayur kembali segar dengan cuka
Untuk mengembalikan kesegaran sayur, rendam sayur-sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dapat mengembalikan kesegaran sayur itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoranpada sayur yang direndam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entry Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...