Bingka Roti Berjagung

Bahan-bahannya:
  • 3 biji telur gred A
  • 150gm gula castor
  • 100gm mentega, dicair dan sejukkan (cik mat guna 70gm je)
  • 1/2 camca teh garam
  • 300gm roti putih, didadu kecil
  • 200gm tepung gandum
  • 1 liter santan (hana campur susu segar)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200gm jagung krim dalam tin
Cara:
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut.  Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.  Tuang santan dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15-20 minit.  Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminium tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak.  Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong.
Resepi ini akan hasilkan kueh berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci.  Kalau nak buat kecil, bahagi dua resepi di atas (utk telur, kalau 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning...tapi hana buat guna sebiji telur sahaja).

Untuk bingka nie cuba 1/2 adunan n guna 1 biji telur. Kalau untuk jagung, guna jagung biase dlm tin, atau jagung krim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entry Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...