Nasi Kerabu

Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..masak dgn bunga warna purple.masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia
3 batang serai
1 sudu lada hitam
1 sudu gula
1 sudu garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
25 gm belacan
13 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
2 batang serai
2 sudu gula
1 sudu garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Plahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1 biji timun - dipotong halus
1 biji kobis bulat - dipotong halus
25 gm belacan
2 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
6 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
4 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
3.semasa makan jgn guna sudu,lg baik guna tangan

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entry Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...